BULI

26/05/2009

BULI BALIK

Filem Buli mengisahkan Nordin seorang lelaki yang mengalami masalah psikologi kerana kegemukkan yang dihadapi sejak alam kanak-kanak. Dia menjadi lebih teruk apabila dia sering dibuli Roy yang merupakan rakan sekolahnya.

Masalah kian memuncak apabila Roy muncul dan bekerja di tempat kerjanya. Roy mengambil kesempatan untuk membuli Nordin.

Dalam konflik ini, Nordin telah bertemu dengan Dr Ika seorang pakar psikologi. Dr Ika mengesan masalah yang dihadapi Nordin.

Dia cuba untuk memulihkan Nordin.

youtube-logo


TITANIC

26/05/2009

titanic

Titanic merupakan sebuah kapal mewah terhebat pada tahun 1912. Kapal ini mampu membawa 1,500 penumpang.

Filem ini mengangkat kisah benar yang mana kapal ini karam pada tanggal 15 April.

Cerita ini mengangkat kisah Rose DeWitt Bukater seorang anak hartawan yang menaiki kapal tersebut untuk pelayaran mewah.

Dalam pelayaran ini, dia bertemu dengan Jack Dawson yang menaiki kapal ini untuk berhijrah dari bandar asalnya.

Dalam pelayaran, mereka saling jatuh cinta. Namun percintaan mereka mendapat halangan kerana Jack bukanlah orang berada.

Merumitkan lagi percintaan ini apabila tunangnya, Caledon Cal Hockley memberi tentangan.

youtube-logo


CONFESSION OF A SHOPAHOLIC

26/05/2009

Confessions of a Shopaholic poster

Confessions of Shopaholic mengisahkan tentang masalah kuat berbelanja yang dihadapai Rebecca.

Dia merupakan seorang wartawan sebuah majalah yang tidak menyedari masalahnya itu akhirnya akan menyebabkan dia sendiri terperangkap. Sikap borosnya itu menjadi-jadi apabila semua 12 kad kredit miliknya mencapai tahap maksima.

Dalam masa sama, dia dibuang kerja oleh syarikatnya kerana masalah kewangan yang dihadapi syarikat.

Atas desakan hutang yang dihadapi, Rebecca terpaksa mencari kerja di sebuah syarikat penerbitan popular.Masalah mula timbul apabila dia tidak pandai menulis untuk majalah tersebut.

youtube-logo


CATCH ME IF YOU CAN

26/05/2009

catch_me_if_you_can

Catch Me If You Can mengangkat sebuah kisah benar pada latar tahun 1969.

Mengisahkan tentang Frank William Abagnale yang hidup bahagia bersama ibubapanya. Bagaimanapun kebahagian itu musnah apabila bapanya diisythar muflis dan ibunya memilih untuk berkahwin lain.

Frank yang masih 19 tahun kecewa akhirnya lari dan cuba untuk mengembalikan kebahagiaan keluarganya.

Dia melakukan pelbagai jenis penipuan. Terlebih dahulu dia menipu syarikat penerbangan dan membolehkan dia menjadi juruterbang.

Dia juga membuat penipuan dengan membuat cek palsu dan menggunakannya di serata dunia.

Ini akhirnya mencabar pegawai FBI, Carl Hanratty yang cuba menjejaknya.

youtube-logo


AYAT-AYAT CINTA

26/05/2009

Ayat-ayat cinta mengisahkan tentang seorang pelajar Universiti Islam Al-Azhar, Fahri.

Dia digambar sebagai seorang lelaki yang cukup sempurna sifatnya. Selain kuat beragama, dia juga seorang yang baik hati, penyabar serta lembut tutur bicara.

Sifatnya ini membuatkan Maria seorang gadis kristian terpikat dengannya. Bagaimanapun Fahri memilih untuk berkahwin dengan Nurul, anak seorang kaya di Kaherah.

Ini membuatkan Maria menangisi perkahwinan itu.

Dalam masa sama timbul lagi satu masalh apabila Noura, seorang gadis yang pernah diselamatkan Fahri hamil dan menuduhnya untuk bertanggungjawab.

youtube-logo


ADA APA DENGAN CINTA?

26/05/2009

Ada Apa Dengan Cinta mengangkat kisah persahabatan dan percintaan di sekolah menengah diantara Rangga dan Cinta.

Penceritaan bermula dengan pertembungan rasa ego dua remaja ini yang masing-masing cuba membuktikan kehebatan berpuisi.

Bagaimanapun, keegoan mereka tumpas akhirnya dengan rasa cinta mereka. Kedua mereka saling menyintai, namun rasa malu menjadi tembok bagi masing-masing meluahkannya.

Bagaimanapun, akhirnya Rangga akhirnya terpaksa berhijrah ke luar negara mengikut bapanya.

youtube-logo


MENGEJAR MATAHARI

26/05/2009

Mengejar Matahari mengisahkan tentang persahabatan empat sahabat lelaki dari kecil hingga remaja. Filem ini kaya dengan falsafah hidup. Ardi, Nino, Apin dan Damar merupakan sahabat yang terjalin sejak mereka masih kanak-kanak.

Konflik cerita ini bermula dengan kehadiran serorang gadis, Rara  yang cuba mendekati Ardi. Sedangkan pada masa sama Damar menaruh hati kepada Rara. Ini mengakibatkan persahabatan mereka retak.

Sejak kecil mereka tidak pernah lepas untuk bermain permainan unik yang mereka namakan mengejar matahari. Mereka akan berlari sesama sendiri di sekitar kawasan perumahan mereka.

Konflik bukan hanya berputar disekeliling persahabatan mereka, tetapi juga hal peribadi masing-masing .

Nino adalah anak orang kaya dan matang namun agak pendiam. Damar hanya tinggal dengan ibunya yang jarang di rumah. Ini membuatkan dia membesar menjadi seorangyang amat pemarah.

Ardi pula adalah anak polis pencen yang tertekan dengan kekerasan sikap bapanya. Sementara watak  Apin adalah penyeri di kalangan mereka kerana dia merupakan seorang yang  kelakar di antara mereka. Dia mempunyai impian untuk mennjadi sutradara.

youtube-logo


Follow

Get every new post delivered to your Inbox.