PONTIANAK HARUM SUNDAL MALAM

26/05/2009

Filem seram ini bertumpu kepada rentetan kejadian misteri yang berlaku pada dua era iaitu zaman lampau dan masa kini.

Pada lewat 1940-an primadona gamelan, Meriam tersepit di antara cinta dua lelaki, MarsaniĀ  dan Danial. Meriam akhirnya memilih Danial lalu menyebabkan Marsani cemburu. Meriam kemudiannya dijumpai mati ketika hamil anak sulungnya.

Sejak itu, kampung terbabit tidak lagi aman apabila berlaku pelbagai kejadian menakutkan. Marsani hidup dalam ketakutan dan selalu dibayangi mimpi ngeri Meriam yang dianggap menjadi pontianak.

Lebih 50 tahun berlalu, Marsani terus menghabiskan sisa-sisa hidupnya itu tetapi masih terkenangkan Meriam. Sesuatu yang aneh terjadi apabila muncul seorang gadis, Maria yang wajahnya persis Meriam.

Secara kebetulan, Maria adalah kawan baik cucu Marsani, Norman dan isterinya, Anna. Sekali lagi beberapa peristiwa aneh berlaku dan kali ini Maria pula dituduh menjadi pontianak oleh Marsani.

youtube-logo

Advertisements

SEPI

26/05/2009

Sepi masih berpaksikan pada tema cinta, tetapi kali ini ia membicarakan mengenai kesepian dalam cinta menerusi perjalanan tiga cerita, berlatar visual hebat dan mainan warna yang menterjemah suasana dan emosi yang dilalui setiap daripada karektornya.

Filem ini menceritakan mengenai Adam, seorang chef berjaya yang menyaksikan seorang demi seorang temannya menemui kebahagiaan, tetapi tidak dia sehinggalah kehadiran Ilyana. Namun, ia tidak semudah disangka.

Sufi pula menyalahkan dirinya ekoran tragedi yang mengorbankan nyawa orang tersayang, lalu dia yang tertekan berusaha melarikan diri daripada hidupnya sehinggalah satu hari, dia bertemu Marya yang bagaimanapun, juga ada perkara perlu diselesaikan.

Sedang Imaan, gadis misteri yang diminati Ian, pelajar paling popular di kolejnya, berada di persimpangan antara kasihnya terhadap teman lelaki, Khalil dan Ian sehinggalah berlaku sesuatu tidak diduga yang meruntaikan segalanya dalam Sepi.

youtube-logo


MUKHSIN

26/05/2009

Filem Mukhsin berkisar tentang kasih sayang dan percintaan antara watak Orked, 10, dan Mukhsin, 12. FilemĀ ini memaparkan tentang rasa cinta pertama yang timbul di hati mereka.

Bagaimanapun ketika itu masalah yang timbul ialah Orked masih terlalu mentah untuk bercinta, manakala Mukhsin pula sedang melalui zaman peralihan akil baligh.

Hingga hari terakhir Mukhsin meninggalkan kampung Orked, dia masih gagal meluahkan rasa cintanya.

Lalu Mukhsin pergi meninggalkan satu kenangan cinta indah buat Orked yang turut diminati seorang kanak-kanak Cina di sekolahnya.

youtube-logo